Make your own free website on Tripod.com
Seri Perdana

Seri Perdana adalah kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia. Kompleks Seri Perdana Putrajaya merangkumi tiga blok:

Blok 1 - Blok Protokol - Kemudahan-Kemudahan Ruang Sambutan Utama
Blok 2 - Blok Bankuet - Kemudahan-Kemudahan Jamuan
Blok 3 - Blok Kediaman Rasmi Perdana Menteri

Blok Protokol - Kemudahan-Kemudahan Ruang Sambutan Utama dan Blok Bankuet - Kemudahan-Kemudahan Jamuan yang kesemuanya digunakan untuk menyambut dan meraikan Tetamu Rasmi Kerajaan. Blok ketiga merupakan Blok Kediaman Rasmi Perdana Malaysia adalah kawasan terhad.

Kerja-kerja pembinaan Kompleks Seri Perdana ini bermula pada awal tahun 1997, dengan purata pekerja seramai 200 orang setiap hari. Pengurusan pentadbiran kompleks ini mula beroperasi pada 18 Oktober, 1999. Pembinaan kompleks ini diasaskan kepada konsep rumah tradisional Melayu - rumah bumbung limas Melayu Melaka. Seni bina Melayu ini jelas kelihatan pada bentuk bumbung curam, permukaan dinding berukir, deretan tingkap dan grill pada pintu dan ruang lapang yang terdapat pada Kompleks ini. Terdapat banyak pintu, tingkap dan verandah pada kesemua tiga blok Kompleks ini. Ia membantu menghasilkan suasana ruang yang sejuk, kering, terang serta berangin bersesuaian dengan iklim tropika Malaysia.

Kompleks Seri Perdana Persiaran Seri Perdana 62502 Putrajaya Malaysia. Pelawat adalah dialukan untuk melawat Seri Perdana Putrajaya.

1) Blok Protokol - Kemudahan-Kemudahan Ruang Sambutan Utama

Ia berada di bahagian hadapan Seri Perdana dan merupakan bahagian tertinggi di kompleks ini dan berlatarbelakang pemandangan yang menarik Wetlands Putrajaya, yang merupakan kawasan rekreasi untuk pelancong.

Laman Tiba

Kemudahan Anjung Awam (Laman Tiba) Ini merupakan bahagian hadapan dan juga kawasan tertinggi di Kompleks ini, dengan pemandangan yang berlatarkan Wetlands Putrajaya. Taman Wetlands menyediakan kemudahan-kemudahan awam dan rekreasi untuk para pengunjung. Laman Tiba Terletak di hadapan Pintu Masuk Utama Blok Kemudahan-Kemudahan Ruang Sambutan Utama. Terdapat sebuah kolam bulatan dihiasi pancutan air dan lampu optik serta tanaman tumbuhan teratai.

Galeri (Di bawah Kubah)

Galeri (Di bawah Kubah) Kubah ini menjadi ciri yang semakin menonjol dalam seni bina kontemporari Malaysia. Kubah berbentuk "bawang" ini diilhamkan dari kubah zaman Islam Mogul seperti yang terdapat pada Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, yang menjadi sebahagian daripada warisan seni bina peninggalan zaman kolonial. Sebahagian besar daripada pembinaan Kompleks ini menggunakan bahan-bahan tempatan. Tiang-tiang di sini dipasang dengan marmar dari Langkawi. Bahan-bahan tempatan lain yang digunakan seperti marmar pada dinding dan lantai, permaidani dan ukiran kayu untuk pintu-pintu dan panel-panel tingkat. Ketinggian keseluruhan Kompleks ini iaitu dari Aras Bawah hingga ke puncak kubah ialah 28 meter.

Bilik Tamu

Bilik Tamu

Bilik Tamu ini adalah Ruang Istirehat Utama untuk tetamu rasmi, yang mana mereka akan disambut oleh Perdana Malaysia. Ia berupaya menampung seramai 25 hingga 55 tetamu. Hiasan dalaman untuk Blok ini adalah gabungan seni reka Peranchis dengan citarasa Malaysia, untuk menghasilkan satu identiti yang tersendiri. Lapisan perspeks yang menyaluti bahagian siling membaurkan cahaya, menjadi bilik kelihatan lebih terang dan luas.

Bilik Tamu Khas

Bilik Tamu Khas

Bilik Tamu Khas ini adalah mirip Bilik Tamu, cuma lebih kecil dari segi saiznya sahaja. Tetamu yang bertaraf Ketua Kerajaan disambut oleh Perdana Menteri di Bilik ini. Bilik ini digunakan bagi perbincangan tertutup diantara Ketua Kerajaan berkenaan bersama Perdana Menteri. Sesi bergambar rasmi diantara kedua-dua pemimpin serta majlis pertukaran hadiah rasmi diadakan di Bilik ini. Delegasi rombongan pelawat dan tetamu dari Malaysia akan diperkenal kepada kedua-dua pemimpim di ruang bilik ini.

Bilik Menunggu

Bilik Menunggu

Bilik Menunggu I dan II Terdapat dua Bilik Menunggu VIP disediakan. Satu untuk tetamu lelaki dan satu untuk tetamu wanita.There are two waiting rooms for the VIPs. It is used by the wives or entourage of official guests before they are greeted by the Prime Minister..

Bilik Tamu Khas

Bilik Mesyuarat

Bilik Mesyuarat Bilik Mesyuarat untuk seramai 30 orang ini adalah satu-satunya Bilik Mesyuarat yang terdapat di Kompleks ini. Kemudahan persidangan video, peralatan komputer dan sistem telekomunikasi yang terkini disediakan. Peralatan perabot dan permaidani adalah bekalan syarikat tempatan.

Surau

Ruangan Luar Surau Salah satu keistimewaan Kompleks ini ialah penampilan banyak ukiran bermotifkan bunga-bungaan, iaitu suatu citarasa seni bina tradisional Melayu. Hasil-hasil kerja halus pengukir-pengukir tempatan boleh dilihat pada bahagian bawah dan juga panel-panel dinding. Surau Surau ini boleh menampung seramai 200 jemaah. Terdapat panel ukiran kayu untuk memisahkan ruang sembahyang lelaki dan wanita. Dewan sembahyang dihiasi dengan ukiran-ukiran dan birai hiasan berukir (cornice) yang bermotifkan Islam, seperti yang banyak terdapat di masjid-masjid di Timur Tengah. Pengukir-pengukir dari Sarawak menghasilkan ukiran khat dari Surah Luqman pada dinding-dinding dewan sembahyang. Ukiran mereka juga terdapat pada pintu surau yang diperbuat daripada kayu jati.

Bilik Jamuan

Bilik Jamuan ini digunakan untuk majlis jamuan rasmi. Ruang ini mempunyai meja-meja modular yang boleh disusun semula untuk kesesuaian sesuatu majlis dan ia mampu memuatkan seramai 90 tetamu. Binaan batu, panel-panel dinding berukir dari kayu dan panel-panel jendela kaca. Semua ini mencerminkan mutu dan kreativiti seni pertukangan masyarakat Malaysia.

2) Blok Bankuet - Kemudahan-Kemudahan Jamuan

Galeri Bankuet

Galeri ini digunakan sebagai tempat menunggu sebelum para tetamu rasmi Kerajaan dibawa masuk ke Dewan Bankuet untuk jamuan makan.

Galeri Hadiah

Galeri Hadiah

Bilik ini memuatkan hadiah-hadiah atau cenderahati dari dalam dan luar negara yang dihadiahkan kepada Perdana Menteri Malaysia semasa tempoh perkhidmatan beliau.

Dewan Bankuet

Dewan Bankuet

Dewan Bankuet ini adalah lebih besar berbanding dengan Bilik Jamuan dan merupakan ruang terbesar di dalam Kompleks ini. Keanggunan serta keindahan seni bina dan juga hiasan dalamannya diilhamkan dari hiasan dalaman Peranchis Dewan Bankuet yang meliputi kawasan seluas dua tingkat ini mampu menampung seramai 200 orang. Siling dewan ini dilukis khas dengan motif awan biru untuk menceriakan suasana. Hiasan dalaman dewan ini adalah gabungan harmoni kesenian Peranchis dan Melayu. Selain dari ukiran-ukiran bermotifkan bunga-bungaan Melayu pada dinding-dinding kayu, candelier dan palang-palang tingkap Peranchis, terdapat juga unsur-unsur seni bina Eropah pada tiang-tiang seri dewan ini. Pentas di dalam dewan ini serta system audio-visual yang ada, boleh digunakan bagi majlis-majlis ucapan dan penyampaian hadiah, pertunjukan dan persembahan kebudayaan.

3) Kediaman Rasmi Perdana Menteri

Kediaman Rasmi Perdana Menteri

Blok ketiga Seri Perdana adalah kediaman rasmi Perdana Menteri. Ia adalah kawasan terhad.

Lawatan Awam ke Kompleks Seri Perdana Putrajaya

Waktu Melawat:

    1)Setiap hari termasuk cuti umum (kecuali Isnin) : 0900 am sehingga 1230 pm dan 0200 pm sehingga 0500 pm

    2) Jumaat: 0900 am sehingga 1200 pm dan 0300 pm sehingga 0500 pm

Kompleks Seri Perdana tidak menerima kunjungan pada hari Isnin iaitu semasa upacara rasmi di Kompleks Seri Perdana dan semasa penyelenggaraan dilakukan

Syarat Kemasukan:

    1) Masuk percuma.

    2) Pelawat dikehendaki mendapatkan pas pelawat dengan meninggalkan kad pengenalan/pasport di gate utama.

    3) Kanak-kanak dibawah 12 tahun hendaklah ditemani ibubapa/penjaga.

    4) Tandas awam terletak di Laman Kompleks Sari Seri Perdana.

    5) Pelawat cacat atau pelawat yang memerlukan keperluan khas mesti berteman. Kerusi roda, laluan dan lif disediakan di Seri Perdana untuk kemudahan mereka.

Berikut adalah perkara yang tidak dibenarkan:

    1) Merokok

    2) Kamera dan kamera video

    3) Senjata api / alat / bahan yang boleh membahayakan keselamatan

    4) Beg-beg, tas tangan dan payung

    5) Kenderaan pelawat

    6) Makanan/minuman dari luar

    7) Berpisah daripada ahli kumpulan / melintasi ruang / laluan lawatan yang ditetapkan

    8) Memakai kemaja -T tanpa kolar

    9) Berseluar pendek atau kain terlalu singkat

    10) Kain, kemeja atau seluar koyak

    11) Memakai selipar

    12) Pakaian yang menjolok mata

    13) Binatang peliharaan

Galeri

Dari Kiri:Blok Bankuet, Blok Utama, Ruang Istirehat, Laman 1, Koridor, Laman 2 dan Laman 3.



Muka Utama