Make your own free website on Tripod.com
Perdana Putra

Perdana Putra adalah Kompleks Jabatan Perdana Menteri. Ia berkedudukan dalam Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru, Putrajaya berada dalam linkungan Multimedia Super Corridor (MSC) dan lebih kurang 40km daripada Pusat Bandar, Kuala Lumpur..

Perdana Putra mempunyai 6 blok bangunan yang terdiri daripada Blok Utama dan diapit oleh East Wing dan West Wing.

Blok Utama

Pejabat Perdana Menteri berada di Blok Utama dan mempunyai keunikan tersendiri dengan adanya rekabentuk kubah diatas yang mengambarkan Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah.

West Wing mengandungi pejabat-pejabat Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dan juga Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri. Disamping itu juga ia terdiri daripada Pejabat Lembaga Penasihat dan MIGHT. East Wing diduduki oleh pejabat Ketua Setiausaha Negara, Bahagian Kabinet dan Unit Penyelarasan Perlaksanaan.

Dataran Perdana

Dataran Perdana adalah di mana Perdana Menteri menyambut Ketua-Ketua Negara atau Ketua-Ketua Kerajaan dari pelbagai negara. Semasa majlis sambutan, pancaragam negara akan terlibat dan diikuti oleh pemeriksaan kawad hormat.

Laman Perdana

Laman Perdana adalah dimana tetamu diperkenal kepada menteri-menteri kabinet, pegawai-pegawai tinggi luar negeri, kerajaan dan awam.

Bilik Mesyuarat Perdana

Mesyuarat dan perbincangan yang kebiasaanya di adakan di dalam Bilik Perdana Menteri atau Bilik Mesyuarat Perdana. Bilik Mesyuarat Perdana mampu memuatkan 70 orang dan boleh digunakan untuk mesyuarat melibatkan dua pihak (bilateral meetings) atau melibatkan kehadiran yang ramai. Manakala Bilik Mesyuarat Kabinet digunakan untuk mesyuarat mingguan kabinet.

Kedudukan Tempat

Aras 1 - Pentadbiran Am dan Kewangan
Aras 2 - Bahagian Teknologi Maklumat
Aras 3 - Bilik-bilik Mesyuarat
Aras 4 - Bahagian Tugas Khas dan Bahagian Akhbar
Aras 5 - Pejabat Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Sulit.

Galeri

Dari Kiri: Gate Protokol, Laluan Protokol, The Step, Lobi, Dewan Makan, Lounge, Pemandangan Dari Atas



Muka Utama