Make your own free website on Tripod.com
Dato' Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi

        Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-lima pada 31 Oktober 2003. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1964.

        Dato' Seri Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Beliau mula bergerak aktif dalam arena politik setelah dipilih menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas pada tahun 1978 dan beliau berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut sehingga kini. Beliau adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO semenjak 1981. Dato' Seri Abdullah dipilih sebagai Naib Presiden UMNO pada tahun 1984 hingga 1990, dan dipilih semula memegang jawatan berkenaan pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Dato' Seri Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang pada tahun 1999.

        Dato' Seri Abdullah pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam beberapa kementerian. Beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80), Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84), Menteri Pelajaran (1984-86) dan Menteri Pertahanan (1986-87) . Pada 15 Mac 1991, beliau dilantik sebagai Menteri Luar sehingga Februari 1999 dan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri pada Februari 1999. Dato' Seri Abdullah berkahwin dengan Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.




Anugerah Yang Dikurniakan Kepada Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi



Tahun
Nama Anugerah
Daripada
2005S.U.M.Z
Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin
    Terengganu
2004Ijazah Doktor Persuratan (Honoris Causa)
    Universiti Jamia Millia Islamia, New Delhi, India
2004Pingat Jose Marti (Jose Marti Order)
    Cuba
2004D.U.N.M
Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) - Datuk Seri Utama
    Melaka
2004D.K.J
Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK1)
    Johor
2003D.P
Datuk Patinggi Bintang Kenyalang
    Sarawak
2003S.P.S.A
Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah
    Perak
2001Honorary Fellowship
    Institute of Engineers Malaysia
2001S.S.S.J
Darjah Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamallulail
    Perlis
2000S.P.N.S
Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan
    Negeri Sembilan
2000S.P.M.S
Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor
    Selangor
1999Honorary Fellowship
    London Chartered Institute of Marketing
1999S.S.A.P
Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat DiMulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad
    Pahang
1999S.P.D.K
Seri Panglima Darjah Kinabalu
    Sabah
1997First Class Order Of Friendship Of DPRK
    Democratic People's Republic of Korea.
1997D.G.P.N
Darjah Gemilang Pangkuan Negeri
    Penang
1994A Knight Grand Cross, First Class Of The Most Exalted Order Of The White Elephant
    Kingdom of Thailand
1994Grand Cross Of The Order Of Merit
    Chile
1992D.S.S.A
Dato' Salahuddin Abdul Aziz Shah
    Selangor
1992"Qwang Hwa Chang" Award from Republic of Korea
    Republic of Korea
1991Grand Cordan Of The Order Of The Sacred Treasure
    Japan
1987Honorary Doctorate by University of Western Michigan, United States of America
    United States of America
1983Diplomatic Service Merit, The Kwangha Medal by South Korean President, Chun Doo Hwan
    South Korea
1981DM.P.N
Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri
    Pulau Pinang
1979D.J.N
Darjah Johan Negeri
    Pulau Pinang
1974K.M.N
Kesatria Mangku Negara
    Persekutuan
1971A.M.N
Ahli Mangku Negara
    Persekutuan




Pengalaman Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi


----> Kerajaan


Tahun
Jawatan
31 Oktober 2003Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri
Feb 1999 - Okt 2003Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri
1999Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN)
1991 - 1999Menteri Luar Negeri
1986 - 1987Menteri Pertahanan
1984 - 1986Menteri Pendidikan
1981 - 1984Menteri di Jabatan Perdana Menteri
1980 - 1981Timbalan Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan
1978 - 1980Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan
1974Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
1971 - 1973Ketua Pengarah, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
1969 - 1971Ketua Penolong Setiausaha kepada Majlis Operasi Negara, Jabatan Perdana Menteri
1964 - 1969Penolong Setiausaha, Jabatan Perkhidmatan Awam

----> Politik

Tahun
Jawatan
September 2004Presiden UMNO
May 2000 Timbalan Presiden UMNO
1999 - sekarangAhli Parlimen Kepala Batas
1999Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang
1995 - 1999Ahli Parlimen Kepala Batas
1996 - 2001Naib Presiden UMNO
1993 - 1996Ahli Majlis Tertinggi UMNO
1990 - 1995Ahli Parlimen Kepala Batas
1990Ketua Delegasi UMNO ke Jawatankuasa Perundingan Ekonomi Negara/ Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Masyarakat
1987 - 1990Naib Presiden UMNO
1986 - 1990Ahli Parlimen Kepala Batas
1984 - 1987Naib Presiden UMNO
1981Ahli Majlis Tertinggi UMNO
1979Ketua UMNO Cawangan Bertam
1979Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas
1978Ahli Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang



Muka Utama